Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Wednesday, 14 November 2007

subahanallah..indahnya ciptaanMu!

Assalamualykum...

sebelum ana mulakan apa2, ana sejujurnya terkejut dengan apa yang berlaku kat blog nih.sedih. tulah perasaan ana.ana tak tau nak cakap apa lagi. kawan2ku yang kusayangi sekalian, kita dah sampai dah penghujung tahun 2007...mungkin ada beberapa kawan2 kita yg akan pindah sekolah...antum tak rasa sedih ke?

ingat tak kak wani ada cakap kat kita(banat je) kat dlm musolla time tu..
dia kata, kita ni ibarat lima jari yang Allah ciptakan. cuba antum tengok jari antum. biar ana kenalkan satu2 nama jari kita ni...

1. yang paling pendek namanya ibu jari. ibu jari ni comel sangat. biasanya, kalau kita nak tunjuk kehebatan atau kebagusan kita, kita akan tunjuk ibu jari kita, betul tak?

2. hmm..jari ni namanya jari telunjuk. kenapa dipanggil jari telunjuk? sebab, jari ni kita gunakan untuk nak tunjukkan sesuatu cthnya: arah dsb. jari ni konon2nye berkuasa lah sebab kerjanya asyik tunjuk2 je...

3. jari seterusnya pulak ada org kata, jari ni jari tengah, ada pulak orang kata, jari ni jari hantu(ana pun taktau kenapa). kalau diperhati, jari ni lah yang paling tinggi, kan? kiranya macam ketua bagi semua jari...

4. jari ke empat pulak, jari yang teramat manis...sebab tu lah org panggil jari manis...oopps! bukan manis mcm gula, tp manis dipandang. biasanya, jari ni lah org sarungkan cincin sebab dia nampak cantik dan comel.

5. jari yang akhir ni pulak, namanya jari kelingking(betul ke eja?). jari ni walaupun kecil, tp sangat berguna...

oklah, selepas kita tau satu persatu namanya, cuba antum fikirkan apa yang terjadi kalau satu daripada jari kita ni takde? mesti susah nak buat kerja kan? kalau luka sikit pun rasanya macam dah tak leh nak buat kerja...

macam tulah juga kawan...
cuba kita bayangkan jari2 kita tu adalah kawan kita...ada yang gemuk &pendek(maaf klu ada yg terasa), ada yang comel, ada yang suka mengarah2, ada yang suka menunjuk2 dsb..

Andai kata salah seorang daripada kawan kita tu tak de...mesti tak lengkap hidup kita. walau macam mana menyampah pun kita kat kawan kita tu, dia tetap kawan kita yang Allah dah ciptakan dia untuk menjadi pelengkap hidup kita...merekalah yang menjadi pelindung dan pembantu kita di kala kita kesusahan...jadi, kawan2 yang ana sayangi sekalian, hargailah kawan2 antum yang ada di depan mata antum...jgn sia-siakan anugerah yang Allah dah beri kpd kita...merekalah kawan kita..kawan seperjuangan kita time kita dalam keadaan susah mahupun senang...

oklah, sampai sini dulu entry ana kali ni...
selamat bercuti~ manfaatkanlah masa cuti antum dgn sebaik2nya..
wallahua'lam....

No comments: