Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Sunday, 2 December 2007

di sana terpancar sinar cahaya..~

bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum,
ana saje je nak tulis title tu...sebab ana nak cite pasal kem tahfiz, kat sana byk pengalaman yg berharga dan byk juga pengalaman yg sedih...

ana pegi yg seminggu je, ramai org tanya kenapa ana dah balik...jwpnnye ana pegi seminggu je, bkn 3 minggu ye...

oklah, ape pengalaman ana ek? ntahla, ana mungkin tak nak tulis panjang2 sgt sbb ada yg personal, takleh cite kat sini, bocor rahsia..heheh.

masa kat sana, jeles betul tgk kwn2 yg pegi 3 minggu tu sbb diorg dah hafal banyak sangat2...huih! terkejut ana dengar ada adik f1 hafal seminggu lebih 30m/s.

kat sana, amirah(penghuluwati) kami ialah kak faizah. dia ada buat sistem yg dipanggil "buddy". mule2 dengar, ingatkan badi@baldi terkejut ana! rupenye buddy, dia suruh adik2 f1, f2 pilih akak2 f3, f4 utk dijadikan buddy. awal2 lagi syifa' pilih ana...tp sedih sikit sbb sistem ni kurang berjalan disebabkan kami diasingkan kelas masa tasmi'. kumpulan 1 terdiri drp f1, f3. kump 2 pula, f2, f4...
tp, atas kesedaran kami, kami terpaksa ubah buddy kami ikut kump 1 dan 2..contohnya, ana dipilih utk berpasangan dengan nurul aqilah husni f1..alhamdulillah, dengan adanya sistem ni, jurang antara form dpt dikurangkan. fungsi sistem buddy ni ialah utk memastikan buddy masing2 saling membantu antara satu sama lain time menghafal selain memberi perangsang dan sokongan buat buddy masing2..(mungkin korg tak faham sgt, kalau nak cerita detail2 nanti pjg sgt la)

setiap hari akan ada tazkirah lepas maghrib, secara tak langsung dpt jugaklah kami mengisi hati kami dgn tazkirah2 yg bermanfaat.

time menghafal tu tak dinafikan memang terlampau byk dugaan sehinggakan ramai yg stress dan tension sampai menitiskan air mata( kalau tak nangis memang tak sah, termasuk ana!)

nak cite ape lagi ek? erm..dok asrama ni best, sbb asyik makan je(sehari makan 5 kali) ..heheh..tp hari2 ada riadhah tau!! so, taklah rasa tepu je otak nih.
ana duduk kat kamar izzah, semua f3 ada kat situ, tp ana dok kat bilik yg sama dengan wan, sofia, zatil dan aaeshah. yg leceh sikit dok asrama ni ialah kena cop toilet time nak mandi, tp ana selalu dpt mandi cepat, so tak payahla nak tunggu turn panjang2..
dok asrama ni best sbb dpt berkenalan dgn adik2, kakak2 dan kawan2 dgn lebih dekat lagi. utk f3, kami lebih rapat dgn adik2 f1 sbb kami satu kelas time tasmi'...

hari jumaat banat adakan qiam kat musolla(tp setiap hari mmg kami qiam pun). kami tidur kat musolla, memandangkan hari tersebut hari last bagi kem tahsin(yg seminggu) duduk kat asrama. kami disuruh tidur sebelah dgn buddy kami. nilah yg tak dapat kami jumpa kat qiam2 lain. tp sedih sikit sbb pagi tu sume bangun lambat(4.45 pg) .sume penat memandangkan ada muhasabah malam tu.

best sgt kem ni dan ana harap kem ni akan diadakan tahun depan. mungkin jugak boleh diadakan utk pelajar bkn tahfiz utk nak habiskan antum punya silibus hafazan. betul tak zatil?

ana doakan kita semua dapat istiqamah dan kuatkan semangat utk menghafal dan menjaga kalamullah yg sgt2 istimewa ni, jgn harapkan kami pelajar tahfiz je ye.. kita semua punyai tanggungjawab masing2 utk menjaga kalamullah yg suci ni.

oklah, sebelum ana akhiri coretan ana, ana harap antum dpt doakan ana istiqamah utk menghafal kat rumah yg sememangnya banyak dugaan tu ye..

wassalam.
selamat bermujahadah buat rakan seperjuangan!

minni,
najihah mn

"ukhuwah ibarat rantaian tasbih, ada mula, tiada akhirnya"

2 comments:

tmah said...

sistem baldi? kahkahkah... :P

.n. said...

bukan baldi, tp buddy...tersalah dengar je masa tu..