Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Tuesday, 18 December 2007

cereka yang betul?


pada
satu hari..

atau..

zata yaum...

di atas kapal Intisor Gen 11..

Anak-anak kapal 3 Intisor dan kaptennya telah bersetuju dan membulatkan suara (eh..) untuk mengadakan jamuan keramaian (ramai2..hehe) pada hari dan tarikh ape ntah tidak diingat pula.

Lantaran tiada space di atas kapal nak membentang karpet untuk meletak makanan dan segala menu yang telah diorder (tengah2 laut boleh order..huhu) lalu mereka pun bersetuju untuk berlabuh di pelabuhan Hidayah JB lalu cepat2 membawa segala apa jenis bekalan makanan ke kantin di pelabuhan itu (baca:kantin atau math'am :D)

Setibanya di math'am itu, kapten yang murah dengan senyuman itu pun meminta anak kapalnya yang perawan (baca:banat..haha) membersihkan lantai math'am yang tak berapa bersih. mereka pun bergandingan bahu sambil sapu lantai (boleh ke?)

Setelah itu, meja dan kerusi untuk kapten dan semua anak kapal disusun rapi walaupun macam ala kadar je.

Memandangkan ini jamuan keramaian mereka yg terakhir (tatau lagi tahun depan masih bersama di atas kapal yang sama ataupun tidak..huhu) maka kapten a.k.a ustzh Suzana diberi penghormatan untuk membentangkan kertas kerja aa.. eh,silap! menyampaikan sepatah dua kata buat anak2 kapal terchinta yang mana ucapan itu didapati seorang anak kapal yang hanya ingin dikenali sebagai ehemehem telah melebihi had sepatah dua kata itu! "eh,apa ni??! mana boleh lebih,kan? "

Maka, setelah itu ada juga anak2 kapal yang ada jawatan tinggi sikit (sikit je..hehe) memberikan ucapan dengan penuh bergaya dan berwawasan.. tetapi sayang sekali, ada ana kapal yang hampir tertidur dibuai mimpi indah, merenung ke masa depan a.k.a mengelamun dan ada juga yang mengetik2 kamera sendiri (hoHooO..terasa I...)

Setelah dibacakan du'a selamat dan du'a makan oleh seorang yang tak diingat pula siapa, maka, majlis kawin .. eh,silap lagi! (apa daa~) majlis makan pun dimulakan. kapten tak perlu amik makanan sebab ada anak kapal yang baik hati telah menyiapkan utknya. hehe.. dan menu angkatan intisor ini hanyalah nasi tomato berlaukkan ayam masak madu yg tak letak madu pun (ceh~) dan ada juga makanan lain yg tak diorder menyemak atas meja hidangan itu seperti sumi/jeli, spageti (hehe..jgn terasa) dan blablabla.. tapi mujurlah, semuanya sedap2 belaka sampaikan perut dah kenyang pun masih boleh isi lagi lantaran kesedapan makan2 itu.

Setelah itu, kira2 masa semua anak kapal dah habis makan dan menjamah sampai kembung perut.. anak2 kapal yang gadis2 (hehehe) mengambil gambar..

Oh ye! sebelum tu seorang anak kapal perempuan yang hanya digelar tralalalalalaaa~ talah mendengar satu perbualan serius yang happy+bengang+defeated ending.. ikuti hiwar best ini.. (jgn terasa yer)... oh ye, angkatan kapal ini, anak kapal lelaki digelar banin dan yang perempuan digelar banat.. ok dah tahu eh!:-

anak kapal perempuan: Eh, banin. Jom amik gambar kelas!

anak kapal lelaki: Amik jelah.

anak kapal perempuan: Huh?

anak kapal lelaki: Amik lah gambar kelas. (sambil menuding jari ke arah bangunan tempat di mana kelas 3 Intisor terletak)

anak kapal perempuan: (Diam)(Muka tak faham)

anak kapal lelaki: Amik jelah gambar kelas kat atas tu!

anak kapal perempuan: Ces! (bengang)

ana (takde siapa dengar dialog ana): Hahaha. Terer gak banin ni. Kesian kawan ana nih. Hahaha... (Tambah gaya jahat..)

anak2 kapal lelaki (hampir semua..kOt): Hahahahaha!

Setelah insiden yang telah menyebabkan yg terkena itu merah padam sampai muka jadi biru gas sbb k'kurangan darah.. (ade ke..) maka, angkatan intisor pun bubar daripada majlis keramaian yang menandakan last event (uhuu..) mereka tahun 2007 itu.. tapi ada yg kena stay sebab kena bersihkan hidangan mereka yg tak bertanggungjawab taknak bersihkan.. hehe...

Kesimpulannya, kita mesti lah menyerlah jauh dari yang biasa (eh, tersilap daa~) bukan2.. kesimpulannya kita mestilah bersatu padu ! ya! hehe.. takdelah.. bacalah cerita kelakar selalu kalau anda tengah tension atau bosan tahap giga dan pelangi keluar tujuh warna agar anda tidak terkena satu penyakit yang namanya hipertensi..

sekian, penaip yang 'sangat berhemah' ini (haha) ingin menghentikan ceritenye yg bosan (kOt..hehe) ... moga ketemu lagi..

w a s s a l a m . . .

p.s: maaf menyemak dengan cerita yg penuh seribu kesalahan tatabahasa.. mutaasif jiddan!~ faham2kan cerita kat atas tu.. best! (ceh, die puasa tapi ckp jamuan ni best.. apakah~) lalala...

4 comments:

nemO>_ said...

lalalallaaa.. bile bace nih, ter-rindu pulak kt sekolah... =) x saba nnti amik result bole jumpe sume org.. tp bile ingt psl result pmr, gelabah la plak... T_T

Qurratu'Aini said...

hehe..

rindu memang R.I.N.D,U

reendou..

tapi GEMURUh (cececeh..) nak dpt natijah 28 dis nanti..

BarakaLLAHu fiki..

zeeya said...

anak kapal perempuan? T_T ....

Raden Qurratu'Aini said...

eh, terase ke? ;p

kenangan terindah tu!