assalamualaikum w.b.t,
" kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh manusia melakukan yang ma'ruf dan melarang mereka dari yang munkar".
( Surah Ali-Imran: Ayat 110 )
hadis yang kebiasaannya dilontar keluar dari mulut para pendakwah yang lain.
"barangsiapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah, maka sudah sempurnalah imannya"
hadis yang menjelaskan akan sempurna iman kite sebagai para pendakwah jika kita mencintai, membenci, memberi dan melarang semuanya kerana Allah s.w.t semata-mata hingga luput segala tekanan dan motif untuk diri sendiri dan matlamat keduniaan kite.
Tuhanku telah menyuruh daku dengan sembilan perkara:
1) sentiasa takut kepada Allah dalam keadaan sunyi dan nyata
2) berkata adil dalam keadaan marah atau tenang
3) sederhana dalam keadaan miskin atau kaya
4) menghubungkan kembali perhubungan yang telah terputus
5) memberi kepada orang yang menyekat pemberianku
6) memaafkan orang yang menzalimi
7) berdiam adalah berfikir
8) bercakap adalah zikir
9) melihat adalah mengambil iktibar.
walaupun hadis nih dah biase dengar ataupun bace, takpe, kite tetap masih belum ikut 100% hadis atas nihkan?
kite masih lagi takut kepada hantu dan anjing(?),
kite masih lagi berat sebelah,
kite masih lagi berlagak dengan ape yang kite miliki,
kite masih lagi berselisih faham dengan sahabat kite,
kite masih lagi kedekut menghulurkan bantuan pada orang yang pernah melukai hati kite,
kite masih lagi tak memaafkan kawan kite dan mengumpat die,
kite masih lagi merepek tak sudah-sudah,
kite masih lagi bercakap perkara yang tak berfaedah,
kite masih lagi terpengaruh dengan apa yang kite lihat atau tonton especially kalau hero/ heroin die hensem/cantik, kan?
layakkah kite menerima gelaran?
gelaran ape?
fikir sendiri.
untuk renungan semua dan juga diri ana.
kite kene saling ingat-mengingatkan, kan?
bestkan kalau ukhuwah kite kerana Allah?
(ayat tmah)
assalamualaikum.
Dimulakan dengan
Saturday, 29 December 2007
layakkah kita menerima gelaran?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment