Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 29 December 2007

PMR: Suatu Refleksi Diri

Bismillahirrahmanirrahim…


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Firman Allah:


“Faiza azamta fatawakkal alallah” (3:159)…


“maka apabila kamu berazam (membulatkan tekad), maka bertawakkallah pada Allah”


Ikhwah Akhawat G11 yang dihormati sekalian,


Kaifa Halukum? Harap-harapnya antum semua berada dalam keadaan yang baik dan masih lagi berada di bawah naungan dan kasih-sayang Allah…lagi2 selepas menerima keputusan PMR.. di sini ana nak sampaikan sedikit coretan khas utk kita sama-sama merenung kembali tentang PMR yg telah kita lalui ini…


Sebelum tu, ana nak ucapkan banyak2 tahniah bagi yang berjaya dgn cemerlang PMR 2007 (Kita dah pecah rekod!! Takbir!!) dan semoga kejayaan ini diteruskan sehingga SPM nanti, Insya’Allah… Mungkin ada sebahagian daripada antum yang gembira dan mungkin ada yang tension(frust) sebab x dapat capai target masing2.. tp itu semuanya ketentuan Illahi (jgn salahkan Allah, salahkan diri sendiri) kerana mungkin Allah x memberi kita kejayaan spt yg diharapkan disebabkan dosa2 yg kita tlh lakukan.. mgkn ada juga antara kita rasa usaha mereka sudah cukup tp masih x cemerlang.. itu x brmakna Allah itu x adil.. mgkn Allah x nak bls usaha kita ini dalam PMR tp nak bls sewaktu SPM nnt dgn 12A1@11A1@13A1...ameen..


Bagi yang mendapat 9A, janganlah terlalu bangga kerana ini hanyalah permulaan kepada dunia yang lebih mencabar… ana pernah berbual ngan seorang abang alumni, dia kata PMR ni baguslah kalau cemerlang tetapi janganlah terlalu membanggakan keputusan kita itu… sebab bila masuk form 4, segalanya berbeza drpd masa form 3 dan kita mungkin mengalami anjakan paradigma jika x bersedia dgn baik dr segi mental dan fizikal. Dia kata bila kita masuk form 4, ibarat macam kita start from zero semula sebab sangat berbeza dengan alam menengah rendah dan kptsn PMR ni x menjamin kejayaan utk SPM…sebab abang tu cakap dia ada seorang kawan. Masa PMR, kawan dia tu dpt 3A je…tp SPM dia dpt 10A… Jadi, apa yang paling penting di sini ialah keberkatan ilmu yang kita perolehi sepanjang hidup kita ini kerana ilmu yang berkat ini sahajalah yang boleh memandu dan memacu kita kepada kejayaan dalam hidup ini…utk mndpt kbrktn ilmu ni, yg paling utama ialah kita perlu hormat sama guru kita…sebab ana harap kita semua akan lebih serius dalam belajar (lebih matang) bila masuk form 4 nnt…


Akhir sekali, Firman Allah (3:110) menceritakan tanggungjawab kita sbg umat yg terbaik iaitu amar ma’ruf nahi mungkar. Jd, sbg persediaan sebagai seorang Ad-Dai’, ana harap agar kita sama-sama dapat bekerja sebagai satu jemaah (ukhuwwah yg erat) dan dapat juga mempertingkatkan keimanan kita (tambah amalan + hindari maksiat) serta menambah bekalan ilmu dakwah di dada dengan membaca buku2 fikrah dan ilmu2 dakwah agar kita dapat menjadi lebih kuat dan menjadi pemuda-pemudi harapan yang cemerlang bukan saja dalam akademik tetapi dalam agama dan juga menjadi orang yang sentiasa komited dengan Islam), Insya’Allah.


“Semoga dengan kejayaan kita dalam PMR akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam SPM 2009 nnt…Insya’Allah.


Oleh: Shoutul_Qalbu

2 comments:

Raden Qurratu 'Aini said...

salam..

teruslah menulis wahai Shoutul_Qalbu walau siapa pun kamu.

(masih tertanya-tanya dlm diri dan hati... kenapa ana tak kuat nak tulis yang bisa menujah hingga ke hati?.. isk... lemahnya saya..)

syukran..

Anonymous said...

sape tu?