Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Saturday, 8 December 2007

Disember


Assalamualaikum..

sebulan lagi nak sekolah.. rase macam dah lama cuti. tapi x prepare ape2 lagi untuk tahun depan. ahh.. kepada manusia2 yang lahir bulan disember, happy birthday! :D

sebenarnya tak tau nak tulis apa tapi nak jugak post memandangkan dah lame xde post baru. heheh.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Ciri-ciri remaja
  • Suka bergaulan dengan rakan sebaya daripada ibu bapa
    Pada peringkat ini, manusia remaja akan mula belajar bergaulan dengan orang lain selain daripada ahli anggota keluarga mereka. Ini bermaksud bahawa peringkat remaja merupakan peringkat perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, orang remaja adalah suka berkawan dan senang tersinggung oleh masalah sosial.
  • Suka berangan-angan
    Remaja yang normal mempunyai angan-angan sihat mengenai masa depan mereka. Mereka sentiasa memikirkan apa yang akan mereka buat pada masa hadapan.
  • Senang Terpengaruh oleh Emosi
    Orang remaja merupakan orang yang senang terpengaruh oleh emosi. Ini adalah kerana rasional mereka masih berkembang dan belum sampai ke satu tahap yang mantap..

hahah memang betul semua fakta-fakta kat atas nih.. lebih2 lagi fakta #2. suka berangan-angan.
betul x? heheheh.. eh nak tambah lagi satu = majoriti remaja suka kamera. :P

eh sape tau kite naik skolah tahun depan berape hari bulan?

1 comment:

.n. said...

betul, betul, betul...fakta no.2 mmg betul!!