Dimulakan dengan

Dimulakan dengan

Monday, 3 December 2007

Pilih memilih dipilih


Hidup ni tentang pilihan. Semua benda dalam hidup ni kita kena pilih sendiri. Bukan kita yang memilih untuk memilih, tapi kita terpaksa untuk memilih. Adakalanya, kita hadapi situasi "diluah mati emak, ditelan mati bapak." Nevertheless, kita kena pilih jugak.

Susah kan? Kadang-kadang pilihan tu melibatkan perasaan orang tersayang. Pilih yang ni, yang ni kecik hati, pilih yang tu, yang tu pulak kecik hati. Memang betullah, dalam dunia ni mustahil nak puaskan hati semua orang.

Sebab tu, kita kena hati terbuka. Kadang-kadang kita yang akan menjadi mangsa disebabkan pilihan seseorang, tapi kita kena redha. Mungkin hari ni hari dia, esok hari kita pulak. The cycle continues.

Selain situasi tu, ada sesetengah pilihan yang melibatkan diri kita sendiri je. Kita pilih untuk berjaya. Kita pilih untuk senang. Kita pilih untuk bahagia. Semua tu pilihan kita sendiri sebenarnya.

Kita suka complain yang pelbagai. Kenapa nak belajar susah? Kenapa aku lemah? Kenapa kawan-kawan semua jahat? Kenapa Mak Bapak suka pressure? Kenapa ustaz ustazah asyik marah? Kenapa kenapa dan kenapa...

Tapi cuba kita fikir balik. Tengok dari sudut yang positif. Asyik bertanya kenapa dan complain yang pelbagai, cubalah cari jalan penyelesaian pulak. Kenapa lemah? Sebab malas belajar. Malas buat homework. Malu nak bertanya. Ngade-ngade. Penyelesaian? Rajin-rajin buat kerja. PILIH untuk rajin. PILIH untuk faham. PILIH untuk berjaya.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihlah sebaiknya.

No comments: